Ticker

6/recent/ticker-posts

LELAKI MAUT SELEPAS DIDAPTI LEMAS MANDI DI LAUT

TAWAU; 26 APRIL 2020 (Ahad) - Seorang lelaki berumur 30 tahun meninggal dunia selepas dipercayai lemas semasa mandi manda di laut di Batu 3 1/2 Jalan Apas, Tawau, pagi tadi. 



Pusat Gerakan Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan, pukul 8.36 pagi melalui talian MERS 999. 

BBP Tawau digerakkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Operasi tersebut diketuai Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Jasni Hassan bersama 5 orang anggota penyelamat.

Menurut komander operasi, mangsa ditemui penduduk kampung pukul 8.42 pagi sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Pasukan bomba bertindak membantu mengangkat mangsa dan seterusnya membantu pasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan bantuan pernafasan CPR.

Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tersebut ditamatkan kira-kira pukul 10.10 pagi. 

#BESTAWAUfm