TAWAU; 27 APRIL 2020 (Isnin) - Seorang lelaki cedera ringan selepas motosikal yang ditunggang terbakar sepenuhnya dalam kejadian di Jalan Utara Tawau, jumaat lepas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Zulbada Alior yang dihubungi pemberita RTM berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu kira-kira pukul 6.53 petang.
Sepasukan lapan anggota kemudian respon ke lokasi menggunakan dua jentera termasuk EMRS.
Sebaik tiba, pihaknya memulakan operasi pemadaman manakala mangsa berumur 30 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut Zulbada, api berjaya dikawal pada 7.03 malam dan operasi tmaat sepenuhnya pada 7.10 malam.
#BESTAWAUfm
[SUMBER]