Ticker

6/recent/ticker-posts

DUA LELAKI MILIKI SYABU DITAHAN DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 6 APRIL 2020 (Isnin) - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki warga tempatan kerana memiliki 110-gram syabu bernilai lebih 16-ribu ringgit dan sarang burung dalam Operasi COVID-19 di Laut Terumbu Gusung Lahad Datu, awal pagi tadi. 



Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, kedua-dua tangkapan berumur 36 dan 45 tahun ditahan selepas bot laju yang dinaiki dikesan menuju ke Perairan Semporna kira-kira pukul 12.03 pagi.

Beliau berkata, selain syabu, pihaknya turut merampas bot beserta enjin, satu plastik berisi sarang burung, 20 gulung kertas timah dan alat penimbang dengan anggaran keseluruhan rampasan bernilai lebih 21-ribu ringgit.

Menurut ACP Mohamad Pajeri, kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 23 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998, Seksyen 25(1)(N) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 serta Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

[Sumber]

#BESTAWAUfm