Ticker

6/recent/ticker-posts

BANTUAN TELEFON BIMBIT PERCUMA UNTUK PELAJAR DARI KELUARGA B40 DARIPADA YTL

YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, melalui inisiatif belajar dari rumah akan memberikan dan menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia.


Melalui inisiatif ini, YTL akan menghulurkan bantuan dengan pemberian telefon bimbit secara percuma, lengkap dengan data 120GB ( iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) bagi membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah. Sebagai pejuang barisan hadapan, mewakili para pelajar, YTL memerlukan khidmat para guru untuk mengenal pasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk menerima manfaat ini.

Untuk mendapatkan telefon bimit percuma ini, isikan borang pencalonan di bawah. Sila bersedia dengan maklumat berikut sebelum mendaftar:


  1. Nombor kad pengenalan anda
  2. Nama & nombor kad pengenalan pelajar
  3. Nama & nombor kad pengenalan ibubapa

Untuk para guru pula 3 langkah mudah untuk menamakan dan mencalon pelajar yang memerlukan bantuan adalah seperti berikut:




  1. Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih beserta ibubapa pelajar.
  2. Sekiranya sah, ibubapa akan menerima notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
  3. Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran.

Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dari keluarga B40 supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran dan mempunyai akses kepada kemudahan pembelajaran dalam talian.

Untuk keterangan lanjut, rujuk pada laman web rasmi YTL|Belajar Dari Rumah