Ticker

6/recent/ticker-posts

60 KETUA KELUARGA MISKIN DI KAMPUNG NELAYAN MENERIMA BANTUAN BARANGAN DAPUR

TAWAU_ 19 APRIL 2020 | Alhamdulillah setelah sebelah pagi menguruskan bekalan makanan untuk 100 buruh binaan yang terputus bekalan makanan, sukarelawan PERKALAS@TF SABAH di sebelah petangnya bergegas ke perkampungan nelayan kecil dengan misi yang sama. Mereka telah menunggu kami di tepi sungai kerana hanya kenderaan bot yang boleh mengangkut barangan sumbangan. Jika berjalan kaki cukup jauh dan sangat meletihkan  mengangkut beban yang berat.



Bantuan yang diberikan tidaklah besar, namun itulah tanda kami peduli saudara-saudara nelayan yang hidup dalam keperitan semenjak PKP ini berjalan. Semoga semua ini cepat berakhir agar ketika ramadhan rezeki mereka boleh bekerja di laut. Sedih melihat kaum ibu dan anak-anak tadi begitu teruja apabila mendapatkan barangan dapur. 

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 

https://www.facebook.com/perkalas791/ 
atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
 https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri
https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

"KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA"

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583