Ticker

6/recent/ticker-posts

KONSULAT RI TAWAU SALUR BANTUAN MAKANAN PADA WARGANYA

INFO BES TAWAUfm

TAWAU; 12 APRIL 2020 (Ahad) - Konsulat Republik Indonesia di Tawau akan terus menyalurkan bantuan makanan asas harian kepada warganya yang memerlukan di beberapa daerah di bahagian Tawau berikutan penguatkuasa Perintah kawalan pergerakan (PKP) tahap 3 yang sedang berkuatkuasa.



Melalui laman facebook rasmi Konsulat RI di Tawau memetik, bantuan mengutamakan warga emas berumur 60 tahun ke atas, mereka yang tidak diberikan gaji oleh majikan kerana pekerjaan yang tidak tetap, warganya yang cacat anggota atau orang kekurangan upaya (OKU) serta mereka yang tidak memiliki jaminan untuk tinggal di Sabah khusus kepada keluarga Warga Negara Malaysia samada Istri, suami, anak dan menantu.

Menurut sumber itu lagi, mereka warga negara Indonesia yang memerlukan bantuan diminta untuk mengisi data yang disediakan dengan  terus merujuk ke laman facebook rasmi KRI dan klik data yang terpapar untuk tindakan pihak KRI.







#BESTAWAUfm
[Sumber]