Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU CATAT SIFAR KENAIKAN KES COVID-19

Khabar yang sedikit menggembirakan kita pada hari ini adalah sifar kenaikan kes positif COVID-19 untuk daerah Tawau. Jumlah keseluruhan kes adalah kekal 49 kes. Ini juga sekaligus menyumbang kepada sifar peningkatan kes positif COVID-19 untuk negeri Sabah.


Namun begitu agak mendukacitakan apabila terdapat segelintir warga Tawau yang ingar arahan Perintah Kawalam Pergerakan dengan keluar berpusu-pusu ke bandar Tawau dan Pasar Besar Tawau khasnya. Menurut satu muat tangkap layar oleh seorang pengguna Facebook bernama Ancuk, barisan kenderaan memenuhi kawasan masuk ke pasar dimana orang ramai berpusu-pusu untuk ke pasar.


Diharapkan orang ramai di Tawa khususnya patuh pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan kerana Perdana Menteri telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan selama 2 minggu dari tarikh asal sehingga ke 14 April 2020. Salah satu sebabnya adalah keingkaran kita untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa. 

Hendakah diingat, tiada pertambahan kes positif bukanlah bermaksud keadaan sudah terkawal kerana pertambahan boleh berlaku bila-bila saja sekiranya kita masih ingkar dan tidak memutuskan rantaian virus COVID-19 ini.


Adakah anda salah seorang yang ingkar?