Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU CATAT KES TERTINGGI COVID-19 DI SABAH

Berdasarkan sidang media melalui Facebook Live KKM, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 diseluruh negara mencatatkan kenaikan 123 kes baru iaitu sebanyak 1306. Jumlah kematian ialah sebanyak 10 kes, pertambahan sebanyak 2 kes berbanding semalam (21 Mac 2020). 74 kes berpunca daripada kluster tabligh, manakala 49 kes lagi melibatkan kluster lain yang masih dalam siasatan.



Perkembangan yang agak menggusarkan kita ialah Tawau kini telah mencatatkan jumlah bilangan kes positif COVID-19 tertinggi di Sabah iaitu sehingga tengahari semalam (21 Mac 2020) sebanyak 37 kes dengan 1 kematian. Untuk rekod, Lahad Datu yang sebelum ini mencatatkan daerah tertinggi telah mencatatkan tiada kenaikan kes untuk dua hari berturut-turut dan jumlah bilangan kes telah menurun. Untuk jumlah kes positif COVID-19 akan dikemaskini dari masa ke semasa.



Menurut laporan yang dipetik dari laman Facebook Polis Daerah Tawau, sekitar 85% masyarakat daerah Tawau memahami arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Masyarakat di daerah ini akur dengan perintah itu. Pihak Polis juga menyeru agar semua lapisan masyarakat supaya menjadi ejen penerangan kepada masyarakat untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan ini dapat difahami dan diikuti.
Oleh itu, katanya, setiap individu memainkan peranan dalam membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan mendengar arahan kerajaan supaya duduk di rumah sepanjang PKP dilaksanakan.
-Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas

Sama-samalah kita mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tetap duduk di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

KEMASKINI 1 - 6.50 PETANG 22 MAC 2020


Jumlah kes untuk Sabah telah meningkat iaitu sebanyak sebanyak 22 kes baharu positif covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini (22 mac 2020) menjadikan jumlah keseluruhan 158 kes. [SUMBER]

KEMAS KINI 2 - 7.05 PETANG 22 MAC 2020


Jumlah kes untuk Tawau telah meningkat kepada 40 kes positif COVID-19 iaitu pertambahan sebanyak 3 kes manakala Lahad Datu terdapat pertambahan 1 kes iaitu 33 kes. [SUMBER]


Post a Comment

0 Comments