Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU CATAT KENAIKAN 8 KES KEPADA 48, PERGERAKAN KELUAR MASUK DAERAH DI PERKETAT.

TAWAU CATAT KENAIKAN 8 KES KEPADA 48, PERGERAKAN KELUAR MASUK DI PERKETAT.

Statistik kes positif COVID-19 semakin meningkat dan membimbangkan untk daerah Tawau dimana hari ni terdapat kenaikan 8 kes menjadikan jumlah kes keseluruhannya adalah sebanyak 48 kes. 


Oleh itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass mengarahkan untuk awalan pergerakan penduduk di tiga daerah yang merekodkan bilangan kes penghidap positif COVID-19 tertinggi bertambah ketat. Untuk pengetahuan, selain Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu juga mencatatkan bilangan kes yang tinggi untuk negeri Sabah. [UtusanBorneo]

“Saya sudah arahkan (pasukan polis) di ketiga-tiga daerah ini untuk melipatgandakan kawalan dan penguatkuasaan di jalan raya, sama-sama kita tengok kesannya nanti.
“Semua pihak perlu mainkan peranan, media juga sangat penting, begitu juga penduduk,” katanya pada sidang media semasa meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR) IPD Penampang dan meronda di sekitar kawasan premis pusat hiburan, di sini, malam kelmarin.
Mengulas lanjut, Zaini berkata seramai 466 tentera daripada 800 anggota yang dijanjikan membantu polis mengawal pergerakan penduduk kini sudah ditempatkan di 17 daerah.
Sekalipun terdapat tiga lagi daerah di Sabah yang belum menerima bantuan tentera, namun beliau percaya baki anggota tentera lain akan melapor diri dalam masa terdekat.
“Kita amat mengalu-alukan bantuan tentera untuk polis khususnya sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan,”
-Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass-