Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU CATAT KENAIKAN 1 KES POSITIF COVID-19

Tawau mencatat kenaikan 1 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan untuk daerah Tawau adalah sebanyak 49 kes. Walaupun begitu, satu perkembangan positif untuk hari ini adalah jumlah peningkatan kes untuk negeri Sabah adalah semakin berkurang dengan hanya satu pertambahan kes. Berikut adalah infografik daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah.



Dalam perkembangan yang lain, Sabah Softwoord telah menghentikan operasi ladang mereka apabila 7 pekerja mereka di Ladang Bukit Batu, Kalabakan dikesan positif COVID-19 manakala 5 lagi sedang di kuarantin. [Berita Harian Online]

“Sebagai langkah berjaga-jaga pihak pengurusan SSB mengambil keputusan untuk hentikan operasi dan meminta pekerja tinggal di rumah masing-masing bermula 19 Mac lalu.
“Kakitangan dan pekerja ladang tidak dibenarkan keluar manakala orang luar juga tidak boleh memasuki kawasan ladang,” -Ketua Pegawai Eksekutif SSB, Hattah Jaafar

Sebagai tambahan, kami telah mengambil inisiatif untuk membina peta Statistik COVID-19 untuk negeri Sabah. Anda boleh terus ke laman ini atau laman peta ini.