Ticker

6/recent/ticker-posts

PENANGGUHAN AKTIVITI SURAU DAN MASJID TERMASUK SOLAT BERJEMAAH DAN SOLAT JUMAAT

Akibat daripada penularan wabak Covid-19 yang meningkat dari hari ke hari, kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri telah berkongsi beberapa pengumuman baru berkaitan aktiviti keagamaan di masjid dan surau. 

Setelah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, beliau mengumumkan bahasa bermula esok, 17 Mac 2020 sehingga 27 Mac 2020, semua aktiviti di masjid dan surau ditangguhkan termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah.



Jawatankuasa masjid dan surau disarankan membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan. Sekiranya berlaku kematian akibat Covid-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijankiti Virus Ebola di Malaysia. Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah. Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum diatas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.

Namun begitu, berdasarkan siaran media, Menteri juga penangguhan solat berjemaah dan solat Jumaat adalah bergantung kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri masing-masing.

Untuk rekod, setakat hari ini (16 Mac 2020) Sabah mencatat kenaikan 9 kes kepada keseluruhan 57 kes berbanding hari sebelumnya (15 Mac 2020) iaitu sebanyak 48 kes. Selain itu, semua aktiviti pengujian lesen memandu yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Negeri Sabah akan ditangguhkan.

Post a Comment

0 Comments