Ticker

6/recent/ticker-posts

PERINTAH GAJI MINIMUM DI LAKSANAKAN DI TAWAU

Seperti mana yang kita ketahui, melalui seksyen 23 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732], Perintah Gaji Minimun telah dilaksanakan bermula 1 Februari 2020. Ini bermakna, gaji minimum untuk pekerja telah dinaikkan daripada RM920 dan RM1100 telah dinaikkan kepada 1200.





Menerusi satu dokumen warta kerajaan bertarikh 10 Januari 2020, Perintah Gaji Minimum 2020 hendaklah dilaksanakan dan pergiraan gaji juga hendaklah diselaraskan di kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran yang telah diwartakan. 

Tawau juga salah satu bandar yang menerima dan dikehendaki melaksanakan Perintah Gaji Minimum 2020 ini. Bermakna, kadar gaji pekerja am semua sektor di Tawau akan dinaikkan kepada 1200. Ini merupakan satu inisiatif yang baik daripada Kementerian Sumber Manusia dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan di harap taraf hidup penduduk di bandar Tawau akan bertambah baik. Majikan yang berada disekitar Tawau juga hendaklah patuh dan melaksanakan arahan ini untuk kebaikan bersama.

Sumber: Jobs Malaysia

Post a Comment

0 Comments