Ticker

6/recent/ticker-posts

SINDIKET DADAH MENGGUNAKAN BURUNG MERPATI UNTUK MENYELUDUP DADAH KE NEGARA JIRAN

Sebagaimana yang kita ketahui, antara masalah yang sering dilaporkan oleh media adalah berkaitan dengan tangkapan penyeludupan dadah terutamanya di kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia. Terbaru, Utusan Borneo Online melaporkan Pasukan Maritim Malaysia Zon Tawau telah mengagalkan cubaan seludup syabu bernilai RM50 ribu ke negara jiran.

Menurut laporan, tangkapan dibuat pada jam 5 petang semasa bot kapal Maritim menjalankan tugas pemantauan di sekitar kawasan tanggungjawab dan pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang juragan dan penumpang masing-masing berumur 41 dan 43 tahun di dalam bot tersebut. Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat sebuah bungkusan plastik berwarna hitam berbentuk bujur seperti bola  ragbi di dalam bot kayu tersebut disyaki mengandungi dadah sejenis syabu (Methamphetamine) seberat 289  gram.

Berlainan pula kisah yang di laporkan oleh Al Arabia di negara Kuwait dimana taktik penyeludup dari sindiket dadah negara jiran mereka iaitu Iraq menggunakan burung merpati sebagai "ejen penyeludup" mereka.




Seekor burung merpati yang digunakan oleh sindiket dadah ini telah ditangkap membawa 178 pil dipercayai pil ekstasi yang mana pil-pil tersebut diletakkan di belakang burung merpati itu. Untuk pengetahuan, burung merpati digunakan kerana burung merpati boleh terbang sejauh 100KM tanpa henti dan burung merpati juga boleh mengangkat beban seberat 10 peratus dari berat badannya.

Dipercayai taktik ini bukanlah taktik baru kerana kes pertama menggunakan burung merpati untuk menyeludup dadah juga telah dilaporkan di Costa Rica pada tahun 2015.


Tidak mustahil taktik ini juga akan digunakan suatu hari nanti dan sebagai warga Tawau yang prihatin, menjadi tanggungjawab kita untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tentang sebarang salah laku melibatkan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di sekitar kita.

Post a Comment

0 Comments