Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMANDU MABUK LANGGAR PENUNGGANG MOTORSIKAL DI BANDAR SRI INDAH BATU 10

INFO BES TAWAUfm

PENUNGGANG MOTORSIKAL MAUT AKIBAT KECUAIAN PEMANDU MABUK

TAWAU; 10 FEBRUARI 2020 (Isnin) - Penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Jip yang dipandu seorang wanita mabuk di Batu 10, Bandar Sri Indah (BSI), kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya berkata, pemandu jip, 44 tahun itu dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol ketika dalam perjalanan dari bandar Tawau menuju ke BSI telah hilang kawalan pemanduan mengakibatkan kenderaannya melambung ke arah laluan bertentangan dan merempuh serta mengheret motorsikal mangsa sejauh 13-meter  dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan.

Siasatan ditempat kejadian mendapati mangsa, 42 tahun merupakan pekerja kontrak sedang dalam perjalanan menuju ke bandar Tawau telah tercampak sejauh 17-meter ke kawasan semak di tepi jalanraya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, seorang lagi rakan mangsa, pembonceng 35 tahun, mengalami kecederaan parah masih mendapat rawatan dan pemandu Jip yang mengalami patah tulang belakang juga masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Tawau.

ACP Peter berkata, Polis akan mengambil sampel darah suspek (pemandu jip) bagi mengesan kandungan alkohol dalam badan akibat memandu dalam keadaan mabuk dan mengakibatkan kematian.

Akibat kemalangan tersebut, jip terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan, sementara motorsikal mengalami kerosakan hampir keseluruhan bahagian.

Katanya, Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.




#BESTAWAUfm

SUMBER

Post a Comment

0 Comments