Ticker

6/recent/ticker-posts

MALINDO AIR PERKENAL LALUAN TAWAU KUALA LUMPUR BERMULA MAC 2020

Kepada yang mengikuti kami di twitter, kami pernah menghantar twit pada 2 Januari lalu tentang kemungkinan laluan baru TWU-KUL-TWU oleh Malindo Air.


Sebenarnya, kami mendapat hint awal dari kenalan yang bekerja dengan Malindo Air tentang kemungkinan laluan ini hujung tahun lepas lagi. Akhirnya, laluan KUL-TWU-KUL akan bermula pada 2 Mac 2020. Untuk permulaan, satu penerbangan penerbangan pergi dan balik setiap hari ke Tawau.

Untuk penerbangan KUL-TWU, jadual penerbangan adalah pada 11.45 pagi dan sampai di Tawau pada 14.10 petang. Penerbangan ke Kualam Lumpur pula adalah menggunakan pesawat yang sama berlepas pada 14.50 Petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 17.45 petang.


Kredit gambar: @traveljimat

Bagi kami, ini adalah perkembangan yang baik kerana lebih banyak syarikat penerbangan mula membuka laluan ke Tawau. Dengan pembukaan laluan KUL-TWU-KUL ini, harapnya tiket akan lebih murah kerana sudah ada pilihan yang lebih banyak.

Post a Comment

0 Comments