Ticker

6/recent/ticker-posts

RM30 UNTUK DATA PERIBADI ANDA

Siaran media dari Kementerian Kewangan 19 Disember 2019 telah melaporkan tentang PELAKSANAAN INISIATIF e-TUNAI RAKYAT SEBANYAK RM450 JUTA DENGAN RM30 SETIAP ORANG, BAKAL DILANCARKAN PADA JANUARI 2020. Ini adalah berkaitan dengan program rangsangan digital berjumlah RM450 juta ini telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020 dan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan pedagang tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit.

Ceritanya, rakyat Malaysia yang mengaktifkan e-dompet mereka berpeluang untuk mendapat ransangan tunai sebanyak RM30 untuk sekali pengaktifan. Ini adalah inisiatif yang bagus, namun satu kerisauan kami adalah mengenai terma & syarat daripada penyedia perkhidmatan e-dompet ini.

Menerusi satu tangkap layar (screen shot) yang di muat naik di Facebook oleh Iskandar Mohamad Ali, terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan e-dompet ini agak merisaukan.


Terma dan syarat menyatakan yang syarikat penyedia perkhidmatan boleh mendedahkan data peribadi anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon maklumat akaun bank serta transaksi bank) kepada pembekal-pembekal perkhidmatan (mungkin berpangkalan di luar negara) Kerajaan Malaysia.

Dengan kata lain, mereka boleh saja menyerahkan data peribadi kita kepada sesiapa yang berkenaan dan kita telah bersetuju untuk data peribadi kita di kongsi.

Perlukah kita risau atau ambil saja RM30 itu untuk beli kredit?

Post a Comment

0 Comments