Ticker

6/recent/ticker-posts

KPM KAJI SEMULA PELAKSANAAN PEMAKAIAN KASUT DAN STOKIN HITAM DISEKOLAH

Pada 29 Julai 2018, dasar kasut hitam diperkenalkan oleh bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik sebaik saja menjawat jawatan Menteri Pendidikan. Pelbagai respon masyarakat diterima pada ketika itu. ada yang menyambut baik namun tidak kurang juga yang tidak bersetuju atas alasan sudah membeli kasut putih dan kasut putih juga mampu memupuk nilai murni seperti menjaga kebersihan dan bertanggungjawab.

Namun begitu, satu surat bertarikh 14 Januari 2020 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia telah dikeluarkan dan perkara surat tersebut adalah berkenaan KAJIAN PELAKSANAAN PEMAKAIAN KASUT DAN STOKING BERWARNA HITAM OLEH MURID KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Juga disertakan pada surat adalah pautan borang kaji selidik dalam talian yang mana perlu diisi oleh sekolah tentang isu berkaitan pemakaian kasut dan stokin hitam ini. Untuk makluman, sebelum ini kasut dan stokin hitam hanya dipakai oleh murid yang berjawatan di sekolah seperti pengawas dan ahli pembimbing rakan sebaya. 

Adakah kita akan kembali kepada kasut putih? anda sebagai ibu bapa bersetuju atau tidak? Sama-sama kita nantikan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan dengan isu kasut hitam ini. Semoga yang terbaik untuk kita semua.

Sumber: Suara Merdeka

Post a Comment

0 Comments