Ticker

6/recent/ticker-posts

PRA-PERASMIAN PASAR MALAM JALAN CHESTER

Seperti mana yang kita ketahui, Pasar Malam Jalan Chester merupakan tarikan terbaru hujung minggu di kawasan bandar Tawau. Pasar malam ni akan beroperasi setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula 7 petang hingga 11.30 malam. 

Majlis pra-perasmian pasar malam ini akan bermula pada malam ini (10 Januari 2020) dan perasmian pula adalah pada 11 Januari 2020. Ianya akan disempurnakan oleh YB Jimmy Wong Sze Phin dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Insinyur Amrullah Kamal. 

Sumber gambar: FB Embong Azrinata

Antara acara menarik ialah Tawau Talent Show dan persembahan daripada gabungan buskers Tawau yang menampilkan kumpulan buskers seperti Kreng Buskers dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan semua, Pasar Malam Jalan Chester sudah bermula pada hujung December 2019 lagi. Pewujudan Pasar Malam Jalan Chester sepanjang 700-meter di Jalan Chester Tawau berupaya menjadikan Perbandaran ini sebagai hab makanan yang menyediakan kepelbagaian makanan etnik dan hasil makanan laut segar berkualiti tinggi.

Selain itu, menurut Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Insinyur Amrullah Kamal berkata melalui laporan BES TawauFM, pewujudan Pasar Malam Jalan Chester bukan sahaja menjana ekonomi rakyat, malah memperkenalkan kepada pelancong tempatan dan Asing keunikan hidup berbagai agama yang seterusnya pengunjung dapat menikmati aneka citarasa makanan. Juga terdapat lebih 400 penjaja berbilang kaum yang ada di Tawau untuk mengetengah produk dan menghidangkan makanan tradisi masing-masing.


Post a Comment

0 Comments