Ticker

6/recent/ticker-posts

PPM TAWAU TAHAN EMPAT NELAYAN WARGA INDONESIA DAN RAMPAS 12-KILOGRAM RUMPAI LAUT


TAWAU; 10 JANUARI 2020 (Jumaat) - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 4 nelayan warga Indonesia dan merampas 12 kilogram rumpai laut selepas kedua-dua bot yang dinaiki dikesan mendapatkan hasil laut tanpa kebenaran di kawasan perairan Laut Burs Point Tawau, kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, kesemua mereka berumur 30 hingga 47 tahun itu ditahan menerusi operasi Gelora kira-kira pukul 9.15 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua nelayan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Justeru, selain rumpai laut, PPM turut merampas kedua-dua bot beserta enjin dengan anggaran keseluruhan bernilai 22-ribu 560-ringgit.

Katanya, Kes akan disiasat dibawah dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Sumber: BES TawauFM

Post a Comment

0 Comments