Ticker

6/recent/ticker-posts

PARKING BERTINGKAT DI TAWAU AKAN JADI KENYATAAN

Kita sedia maklum masalah utama di kawasan bandar Tawau terutamanya di kawasan UTC, Pasar Ikan Tawau dan jalan sekitar Kilometer 0.1 hingga 0.8 Jalan Dunlop, Jalan Tawau-Sandakan parkir kenderaan. Faktor ini di pengaruhi oleh jumlah kenderaan yang semakin banyak setiap hari tetapi tidak ada penambahan pada jalan sekitar bandar. Ini menyebabkan kesesakan melampau pada jalan dan kawasan tersebut terutamanya pada musim cuti dan musim perayaan.

Hari ni (8 Januari 2020), INFO BES TAWAUFM melaporkan pihak majlis perbandaran telah mengemukakan permohonan untuk pembinaan parkir kenderaan bertingkat berhampiran kawasan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau  kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai usaha menangani masalah kekurangan tempat meletak kenderaan di kawasan tersebut.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Insinyur Amrullah Kamal berkata, perkara itu penting bagi memudahkan masyarakat yang menjalankan aktiviti perniagaan serta urusan harian di kawasan terbabit.
Beliau berkata, ini kerana kawasan itu sentiasa menjadi tumpuan masyarakat Tawau berikutan terdapat Pasar kering dan basah, kemudahan UTC, dan beberapa premis perniagaan lain.
Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM dalam sidang medianya di RTM Tawau.
Menurut Datuk Insinyur Amrullah, keperluan itu juga penting berikutan 62 lot parkir di sekitar Kilometer 0.1 hingga 0.8 Jalan Dunlop, Jalan Tawau-Sandakan ditutup sejak 1 Januari lepas agar jalan berkenaan dijadikan dua lorong selain menyelesaikan kemelut kesesakan jalan di kawasan terbabit.
Ini kerana, Jalan Dunlop merupakan jalan protokol dan hanya mempunyai satu lorong untuk dilalui pengguna jalan raya sebelum ia dibuka menjadi jalan dua lorong.
Sehubungan itu, Datuk Insinyur Amrullah berkata, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akan mengadakan perjumpaan pada minggu hadapan bersama pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) bagi mempertimbangkan semula pewujudan parkir kenderaan di Jalan Dunlop sehingga parkir bertingkat siap.
#BESTAWAUfm

Adakah kemudahan parkir bertingkat di Tawau akan menjadi kenyataan? Kami telah membuat sedikit carian mengenai sistem parkir bertingkat ini. Antara sistem yang popular ialah Japanese Rotating Car Park. Anda boleh buat carian di youtube tentang bagaimana sistem ini berfungsi. Contoh sistem ini ada dipaparkan pada filem Fast & Furious : Tokyo Drift.

Selain itu, terdapat juga sebuah syarikat dari China yang menghasilkan sistem parking bertingkat yang lebih mudah alih. QINGDAO SHITAI MAOYUAN TRADING CO.,LTD menghasilkan Vertical Rotting Car Park/Car Parking System Rotating/Car Parking System yang mana menurut maklumat dari laman web mereka, sistem parking bertingkat mereka boleh memuatkan sehingga 20 buah kereta.








Jadi, adakah sistem ini praktikal untuk mengatasi kesesakan di kawasan UTC, Pasar Ikan Tawau dan sekitar Jalan Dunlop dan berapa pula cas parkir yang akan di kenakan? Kalau peruntukan untuk pembinaan kemudahan parkir bertingkat di Tawau diluluskan, dimana pula tempat yang sesuai?

Masih banyak persoalan yang perlu ada jawapan tetapi kami tetap berharap pihak berwajib berusaha untuk sentiasa menambah baik kemudahan yang ada untuk kepentingan dan keselesaan umum. Sebagai warga Tawau pula, tanggungjawab utama kita adalah sama-sama menjaga kemudahan yang telah disediakan. Tidak guna pihak Majlis Perbandaran Tawau menyediakan kemudahan bertaraf kelas dua kalau mentaliti serta sikap kita masih bertaraf kampungan.

Post a Comment

0 Comments