Ticker

6/recent/ticker-posts

Kes Influenza A di sekolah di Tawau?

Seperti mana yang kita ketahui, influenza A telah merebak di negara kita. Harian Metro pada 29 December 2019 melaporkan 8 kes influenza A dikesan di Sabah. Menurut laporan tersebut, kes di kesan di sebuah pusat membeli belah terkenal di Sabah dan bukan berlaku di Tawau.

Hari ni, melalui satu siaran media, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan virus influenza A di sekolah.


Siaran media tersebut melaporkan penularan virus influenza di sekolah di beberapa negeri, namun carian ringkas kami mendapati belum ada kes yang melibatkan sekolah-sekolah di sekitar Sabah dan di Tawau.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan berikut.

Elakkan berjumpa dengan individu berisiko tinggi seperti yang berikut.


Sekiranya anda mempunyai simpton dan gejala dibawah, segera ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.


Berikut adalah langkah pencegahan yang boleh anda ambil.


Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengesahkan stok rawatan ubat influenza A mencukupi. Yang paling penting ialah kita hendaklah menjaga diri dan keluarga daripada segala risiko dan harapnya Tawau bebas virus influenza A.

Post a Comment

0 Comments