Ticker

6/recent/ticker-posts

MASALAH SYABU DI TAWAU

Masalah penagihan dadah terutamanya syabu ataupun "batu" sudah semakin meruncing di kawasan pantai timur Sabah terutamanya di Tawau. Baru seminggu kita berada di tahun 2020, tapi sudah banyak kes tangkapan melibatkan penagihan syabu di laporkan di media.

Antaranya adalah melalui laporan BES TawauFM pada 5 Januari 2020 memetik

POLIS TAWAU TAHAN LELAKI DISYAKI PENGEDAR, RAMPAS SYABU 9-RIBU RINGGIT
TAWAU; 5 JANUARI 2020 (Ahad) - Polis berjaya menggagalkan cubaan lelaki warga Indonesia disyaki mengedar dadah dan merampas kira-kira 100.08 gram dadah jenis syabu dengan anggaran nilai 9-ribu ringgit dalam Operasi di tapak parkir sebuah pasaraya di Jalan Chong Thien Vun, Kelmarin.
 Selain di daerah Tawau, Lahad Datu juga tidak kurang hebatnya dimana juga melalui laporan BES TawauFM pada 7 Januari 2020 memetik
SOROK DADAH DI BAWAH KERUSI KERETA, DUA WARGA FILIPINA DITAHAN - OP SARANG
LAHAD DATU; 7 JANUARI 2020 (Selasa) - Taktik dua lelaki warga Filipina menyorokkan 5.23 Gram Syabu dengan anggaran nilai 784-ringgit di bawah tempat duduk penumpang hadapan sebuah motokar berjaya dikesan dalam Operasi Sarang di kawasan Kampung Puyut, Jalan Pantai, Lahad Datu, kelmarin.

Apakah persamaan pada kedua-dua berita ini? Suspek merupakan warga negara asing yang berdekatan dengan negara kita. Tidak dinafikan bahawa kemasukan pendatang tanpa izin serta warga asing ke kawasan pantai timur Sabah terutamanya di Tawau dan Lahad Datu menjadi antara penyumbang utama kes pengedaran dan ketagihan syabu ini semakin berleluasa.

Perhatikan ahli keluarga kita sekiranya terdapat ciri-ciri berikut pada mereka:

  • Sering bertindak Aggresif
  • mudah marah
  • sukar untuk tidur
  • lemak dipipi menjadi kurang@wajah cekung
Kemungkinan mereka terlibat dengan gejala negatif ini. Perhatikan juga jika anda ternampak peralatan seperti berikut yang digunakan oleh para penagih syabu:




Laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya anda mencurigai ada orang disekeliling anda terlibat dengan perkara yang sangat tidak sihat ini. Hubungi IPD Cawangan Tawau di talian 089-752 222 untuk melaporkan sebarang salah laku melibatkan syabu ini.


Post a Comment

0 Comments