Ticker

6/recent/ticker-posts

POLIS TAHAN SUSPEK PENGEDAR DADAH WARGA INDONESIA

 


TAWAU: Sepasang suami isteri awal 20-an direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan pengedaran dadah jenis syabu di Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin, selepas membenarkan permohonan dikemuka Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Inspektor Mohd Shafiq Abdul Rahman.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi semalam, mereka ditahan ketika cuba memasuki daerah ini membawa kotak mengandungi tiga bungkusan disyaki dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan tangkapan dan rampasan dadah berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan.

SUMBER: BERITA HARIAN


Post a Comment

0 Comments