Ticker

6/recent/ticker-posts

WANITA MAUT MANGSA SAMUN DI KAMPUNG TITINGAN


TAWAU, 16 Dis — Seorang wanita yang ditemui mati dengan kesan kelar pada leher dalam kejadian di Kampung Titingan di sini malam tadi, dipercayai mangsa samun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 30-an itu pada 7.30 malam.

“Terdapat kecederaan di leher mangsa disyaki ditetak dengan objek tajam dan siasatan awal mendapati mangsa bersama anak perempuannya yang berusia setahun ingin ke rumah kakaknya di seberang jalan rumah sewanya untuk mendapatkan sayur. .

“Apabila sampai di lorong gelap, mangsa dipercayai disamun kerana rantai leher dan subangnya hilang,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Champin berkata siasatan sedang dijalankan, sambil menambah polis sedang berusaha untuk mengesan suspek.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh memaklumkan bilik gerakan IPD Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Bernama

Post a Comment

0 Comments