Ticker

6/recent/ticker-posts

POLIS TAWAU RAMPAS 6 KILOGRAM DADAH, 2 LELAKI DALANG SINDIKET DADAH DI TAHAN

 SINDIKET DADAH TUMPAS : 2 LELAKI DAN 6 KILOGRAM DADAH BERJAYA DIRAMPAS


Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau (BSJND) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah berjaya menahan dua lelaki warga tempatan berumur di antara 30 hingga 42tahun dan merampas dadah disyaki syabu seberat 6 kilogram dianggarkan bernilai RM216,000 dalam satu serbuan di kawasan Bandar Sri Indah.

Semasa serbuan, polis telah merampas satu kotak gabus mengandungi enam (6) bungkusan tertera tulisan 'Ecological Rice' dari suspek yang sedang melakukan transaksi aktiviti penjualan di lokasi tersebut.

Susulan kejayaan ini, polis telah berjaya membongkar satu sindiket dadah di daerah ini dan memutuskan bekalan dadah untuk pasaran tempatan.

Kesemua suspek dan barang rampasan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Polis Tawau akan terus komited memerangi najis dadah memandangkan ianya adalah perjuangan yang tidak pernah selesai walaupun beberapa siri sindiket berjaya ditumpaskan di daerah ini,"

"Kerjasama dari masyarakat banyak membantu polis dan saya berharap lebih ramai lagi yang tampil menyalurkan maklumat agar musuh utama ini berjaya dihapuskan sama sekali," YDH ACP Jasmin Bin Hussin, Ketua Polis Daerah Tawau ketika sidang media pagi tadi.





SUMBER: FB POLIS DAERAH TAWAU

Post a Comment

0 Comments