KEBENARAN KEPADA KANAK-KANAK DAN REMAJA MEMASUKI PREMIS PERNIAGAAN DAN PEMBUKAAN AKTIVITI TAMU/PASAR TANI/PASAR MALAM/PASAR MINGGUAN DENGAN SYARAT PEMATUHAN ARAHAN VAKSINASI BERKUATKUASA PADA 12 OKTOBER 2021
1. Kanak-Kanak di bawah 12 tahun dibenarkan dine-in di restoran, masuk ke premis perniagaan termasuk mall, perhotelan (termasuk fasiliti seperti kolam renang), aktiviti perkelahan dan perkhemahan sekiranya ditemani oleh ibubapa yang telah lengkap divaksin.
2. Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dibenarkan dine-in di restoran, masuk ke premis perniagaan termasuk mall, perhotelan (termasuk fasiliti seperti kolam renang),aktiviti perkelahan dan perkhemahan.
3. Pasar Tamu / Pasar Tani / Pasar Minggu / Pasar Malam dibenarkan di daerah-daerah yang telah mencapai peratusan vaksinasi lengkap sekurang-kurangnya 60% penduduk dewasa, tertakluk kepada penilaian risiko dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Penjaja / Operator termasuk pengunjung hendaklah telah lengkap divaksin.
Kenyataan Media
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN
MENTERI KEWANGAN II
11 Oktober 2021
0 Comments