Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU CATAT 139 KES BARU - SABAH 4 DIGIT KES BARU COVID-19


Kes baharu hari ini terus berada diatas paras satu ribu, yakni 1035. 


Kota Kinabalu mencatat bilangan tertinggi, 212 diikuti oleh Tawau dengan 139. Daerah2 lain yg mencatat kes melebihi 30 ialah, Sipitang 33, Kinabatangan 33, Beluran 35, Papar 42, Beaufort 45, Keningau 49, Sandakan 52, Penampang 67, Kota Marudu 70, Telupid 71 & Tuaran 72.


Kontak rapat terus menyumbang peratusan tertinggi 48% (497) kpd jumlah kes keseluruhan pada hari ini. Kes2 di kluster menyumbang 18.5% (191). Saringan bergejala menyumbang kes kedua tertinggi hari ini, yakni 251 kes, bersamaan 24.3% dpd jumlah keseluruhan. Ini satu petanda jelas bahawa virus Covid sudah pun berada dalam komuniti & jangkitan berlaku secara sporadik (tidak tahu siapa yg menjangkiti atau bagaimana boleh terjangkit).


Untuk rekod 115 dpd kes hari ini merupakan OKT/Tahanan Kesalahan Imigreshen, 4 banduan dpd Penjara KK & 111 dpd Depoh Tahanan Imigresen Tawau (dimasukkan dalam kategori bergejala)


Kerajaan Negeri melalui agensi2 penguatkuasa akan meningkatkan pemantauan bagi memasti pematuhan semua SOP sambil meningkatkan keupayaan  memberi vaksinasi kpd semua penduduk pada kadar yg lebih cepat.

Post a Comment

0 Comments