Ticker

6/recent/ticker-posts

KLUSTER BATU DUA - JANGKITAN DI KEDAI ROTI


Kluster Batu Dua - Tawau melibatkan perebakan jangkitan COVID-19 di tempat kerja iaitu kedai roti. Kes indeks merupakan lelaki, 58, dari Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman dan tidak bekerja telah disahkan positif hasil saringan bergejala di hospital swasta pada 17 Julai 2021. Saringan kontak rapat mendapati tiga (3) rakan serumah positif, salah satu daripadanya adalah anak kepada kes indeks yang bekerja di kedai roti terbabit. Saringan tempat kerja pula mengesan lapan (8) pekerja positif COVID-19. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan. Setakat hari ini, daripada 66 kontak yang telah disaring, kluster ini merekodkan 27 kes positif termasuk 10 kes baharu. Manakala tiga (3) sampel didapati negatif dan 36 sampel lagi masih menunggu keputusan.






Sementara itu, 6 lagi lokaliti di Tawau dikenakan PKPD bermula 1 Ogos 2021 sehingga 14 Ogos 2021 iaitu Bandar Sabindo, Kampungg Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, PPR Sri Semarak dan Taman Berjaya. 

Post a Comment

0 Comments