Ticker

6/recent/ticker-posts

POLIS TAWAU RAMPAS 2-KG SYABU DI JALAN CHONG THIEN VUN - 2 LELAKI DITAHAN

TAWAU; 19 JULAI 2021 (Isnin) – Polis Tawau telah berjaya menahan dua individu dan merampas Dadah jenis Syabu bernilai 101-ribu 556-ringgit di tempat letak kereta lot kedai kawasan Kubota, Jalan Chong Thien Vun Tawau, khamis lepas.
  
Tangkapan pada pukul 3-petang itu dibuat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama dengan pasukan daripada ibu pejabat Polis Kontijen Sabah.
  
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata kedua-dua suspek berusia 30 dan 52 tahun merupakan seorang wanita warga negara asing dan seorang lelaki warga tempatan ditahan hasil maklumat dan risikan berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.
  
Beliau berkata, serbuan dibuat di dalam sebuah kenderaan di tempat letak kereta sebelum berjaya menemui 4-bungkusan yang disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 2.82-kg.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di IPD Tawau.
  
ACP Peter berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif daripada sebarang jenis dadah.
  
Kedua-duanya direman dibawah Seksyen 117 KPJ dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 .



SUMBER: 

Post a Comment

0 Comments