Ticker

6/recent/ticker-posts

50 RUMAH MUSNAH KEBAKARAN DI KAMPUNG TITINGAN


TAWAU; 19 JULAI 2021 (Isnin) – Kira-kira 50 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, pagi tadi
  
Tinjauan Kru RTM di lokasi kejadian mendapati orang ramai berusaha membantu anggota bomba memadam kebakaran serta menyelamatkan harta benda.
  
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tawau Sukur Hatta berkata, kebakaran tersebut melibatkan 3 buah blok, iaitu blok 9, 10 dan 11.
  
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam melalui panggilan MERS999 pada pukul 9.33-pagi berhubung kejadian tersebut sebelum menggerakkan 50-anggota pasukan bomba bersama dua buah jentera ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 9.39-pagi.
  
Menurut Sukur, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati api sedang marak dan telah memusnahkan sebahagian kediaman rumah manakala orang kampung sudah mula berusaha membantu memadam kebakaran.
  
Beliau berkata, anggota bomba berjaya mengawal api dari merebak pada pukul 10.55 pagi dan ketangkasan serta kesiap siagaan anggotanya telah berjaya menyelamatkan kira-kira 300-buah rumah berdekatan di kawasan berkenaan.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lokasi kejadian.
  
Pihaknya turut mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, RELA melibatkan kira-kira 40-anggota selain bantuan penduduk kampung.
  
Jelasnya lagi, pihaknya juga menghadapi rintangan dan kesukaran dalam menjalankan tugas memadam api kebakaran tersebut memandangkan keadaan rumah yang terlalu rapat.

Selain itu, keadaan cuaca yang panas dan berangin menyebabkan api cepat merebak sehingga memusnahkan lebih banyak kediaman yang diperbuat daripada struktur separah kekal.
  
Katanya, sehingga pukul 2-petang tadi, pihaknya tiada menerima sebarang aduan kecederaan atau kemalangan jiwa, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.


Post a Comment

0 Comments