Tawau mencatatkan 90 kes baru COVID-19 pada hari ini berbanding hanya 26 kes pada semalam (31 Mei 2021). Apa yang lebih membimbangkan adalah kebangakan kes yang dilaporkan adalah saringan kontak rapat. Berdasarkan twitter DSP Masidi Manjun, Sabah mencatatkan 318 kes dan 217 daripadanya adalah saringan kontak rapat.
Selain Tawau, Lahad Datu (43 kes) dan Kunak (29) kes juga menunjukkan trend kenaikan pada kes. Terus patuhi arahan untuk duduk dirumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja. Mari sama-sama putuskan rantaian COVID-19 di Sabah.
0 Comments