Ticker

6/recent/ticker-posts

PKP 3.0 FASA 1 KEKAL SEHINGGA KES DIBAWAH ANGKA 4000 - PERDANA MENTERI


KUALA LUMPUR: Fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, ketiga-tiga indikator itu ialah meliputi jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi.


“Saya nak jelaskan sebab ada yang tidak berapa faham, bahawa mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sebagainya, tetapi mulai sekarang ini kita tak sebut PKP, kita sebut kita berada di fasa.


“Sekarang ini ialah fasa pertama dan fasa pertama ini sampai Julai, mungkin pertengahan dan sebagainya, jadi bukan kita kira 28 Jun, ada silap,” kata Perdana Menteri selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini pada Ahad.


Jelas Perdana Menteri lagi, fasa pertama ini akan terus dilaksanakan sehingga kerajaan mencapai nilai ambang yang ditetapkan.


“Kita masih di fasa pertama, dan fasa pertama ni kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencecah nilai ambang.

“Ia termasuk kes di bawah 4,000, kes di ICU sudah turun dari paras tenant dan masalah vaksinasi yang akan ditingkatkan,” katanya.


SUMBER: ASTRO AWANI


Post a Comment

0 Comments