Ticker

6/recent/ticker-posts

SEJUTA VAKSIN COVID-19 DIAGIH BERMULA FEBRUARI

KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 fasa pertama akan mula diagih dan disuntik kepada kira-kira satu juta rakyat Malaysia bermula Februari.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, vaksin COVID-19 bagi fasa pertama itu akan diberikan kepada barisan hadapan negara terlebih dahulu.

Selepas petugas barisan hadapan, proses vaksinasi itu akan diikuti oleh golongan pesakit kronik termasuk buah pinggang, sakit jantung, paru-paru dan diabetes. Sambil menambah, kerajaan akan beri vaksin secara percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau bersamaan 26 juta individu.

Dr Adham turut berkata, fasa seterusnya melibatkan sebanyak 6.2 juta vaksin pada April dan Mei.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan memastikan bekalan vaksin yang berkesan, selamat dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat negara ini.

[SUMBER: ASTRO AWANI ONLINE]

Post a Comment

0 Comments