Ticker

6/recent/ticker-posts

KEHADIRAN BERTUGAS PADA KADAR 100% BERMULA 04 JANUARI 2021

Kota Kinabalu - Semua perkhidmatan dan waktu bekerja pejabat Kerajaan Negeri beroperasi sepenuhnya dengan keberadaan penjawat awam dengan kapasiti 100 peratus.


Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong berkata, keputusan itu berkuat kuasa serta-merta mulai 4 Januari 2021 (Hari ini). Beliau berkata, ia bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berada di tahap yang baik dan efektif.

"Semua penjawat awam hendaklah mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan semasa dan Standard Operating Prosedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau pihak berkuasa" kata beliau lagi."

Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan pematuhan kepada semua peraturan, garis panduan dan surat edaran yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

[SUMBER: JPAN SABAH]

Post a Comment

0 Comments