Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter dilaporkan telah berlaku di Sulawesi, Indonesia pada jam 2.35 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 2.8° Selatan dan 118.9° Timur dengan kedalaman 47 km, 145km Barat dari Palopo, Indonesia. Namun begitu, kejadian gempa itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
[SUMBER: METMALAYSIA]
0 Comments