Ticker

6/recent/ticker-posts

AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT BENDUNG COVID-19


Berdasarkan kenyataan media daripada Istana Negara, tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal. Agong juga memperkenan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas dianggotai Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan yang akan mengesyorkan kepada Agong sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal. Agong juga menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal hadapi pelaksanaan darurat dan PKP demi keselamatan dan kepentingan bersama.




Post a Comment

0 Comments