KUALA LUMPUR: Misi bantuan perubatan yang diberikan pendakwah Ebit Lew selamat tiba dan diagihkan kepada penduduk Sabah bermula semalam.
Bantuan perubatan kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut mula dihantar kelmarin menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways.
Sebelum ini Ebit Lew menerusi status yang dimuat naik di Facebook miliknya turut meluahkan perasaan risau dengan keadaan rakyat di negeri bawah bayu.
“Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat.
“Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang perubatan ke Sabah,” katanya.
SUMBER -UTUSAN ONLINE
0 Comments