Ticker

6/recent/ticker-posts

TIADA UNSUR JENAYAH, PINTU PECAH DI ARAS 6 UTC TAWAU

TAWAU; 03 MEI 2020 (Ahad) - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah berhubung kejadian pintu pecah di Aras 6 Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau iaitu laluan utama masuk ke bahagian pejabat-pejabat kerajaan, malam tadi.



Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, siasatan awal mendapati pihak pengawal keselamatan UTC membuat rondaan dikawasan terbabit serta memeriksa pintu tersebut pada pukul 8 malam.

Pemeriksaan mendapati skru pada pintu kaca telah longgar dan Pengawal keselamatan menyedari pintu kaca telah jatuh mengakibatkan kaca berselerak di lantai.

Sementara itu, RTM difahamkan, pihak pengurusan UTC membuat laporan polis berkenaan perkara itu untuk rekod selain bertujuan kerosakan dapat diperbaiki segera.

#BESTAWAUfm