Ticker

6/recent/ticker-posts

TIADA LAGI ZIARAH AIDILFITRI

Aktiviti ziarah Aidilfitri yang menjadi kebiasaannya di lakukan oleh rakyat di negara ini kini ditamatkan setelah memasuki hari kedua syawal. Ini selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.


Sebelum ini, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada rakyat untuk melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri tetapi hendaklah mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.

Selain itu, beberapa kebiasaan dalam budaya masyarakat di Tawau seperti solat sunat hari raya di masjid dan surat serta aktiviti menziarahi tanah perkuburan namun pada tahun ini telah berubah. Masjid, surau dan tanah perkuburan yang menjadi tumpuan utama umat Islam pada 1 Syawal saban tahun, dilihat sepi dan lengang susulan perintah larangan yang dilaksanakan.

Sama-sama lah kita patuhi arahan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Post a Comment

0 Comments