Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI - USUL UNDI TIDAK PERCAYA SHAFIE DI TOLAK SPEAKER DEWAN RAKYAT

SPEAKER Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal untuk memulakan usul undi percaya terhadap Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad.



“Saya telah rneneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima (Shafie Apdal) serta perincian penjelasannya.

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya rnendapati ia adalah tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perdana Menteri.

“Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul YB Datuk Seri Panglima ini dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat,” katanya dalam satu surat yang dilihat Malaysiakini.

Surat yang bertarikh 5 Mei itu dialamatkan buat Shafie sebagai balasan kepada notis sebelum itu yang dihantar oleh wakil rakyat dari Warisan itu, untuk membawa usul percaya berkenaan.

Ketika dihubungi, Mohamad Ariff mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa surat itu memang daripada pejabatnya.




Post a Comment

0 Comments