Ticker

6/recent/ticker-posts

PKP FASA 5 DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT MULAI 7 MEI - KM SABAH



1) Kerajaan Negeri mengambil maklum akan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) (No.5) 2020, yang mula berkuatkuasa pada 4 Mei 2020 hingga 12 Mei 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

2) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 5 di Sabah akan dilakukan secara berperingkat mulai 07 Mei 2020 tertakluk kepada Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia.

3) Sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi untuk peringkat permulaan adalah Sektor Pertanian dan Industri Makanan (serta rangkaiannya), Sektor Perkilangan dan Pembuatan (serta rangkaiannya) dan operasi logistik seperti pengangkutan darat, jeti dan pelabuhan.

4) Kerajaan Negeri juga memutuskan kilang-kilang dan ladang-ladang sawit di Daerah Lahad Datu, Kunak dan Kinabatangan dibenarkan beroperasi semula tertakluk kepada pengesahan bebas COVID-19 daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

5) Sekali lagi Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Sabah merupakan keutamaan Negeri Sabah.
YAB KETUA MENTERI SABAH

07 MEI 2020 I 10.00 PAGI

Post a Comment

0 Comments