Ticker

6/recent/ticker-posts

SOLAT BERJEMAAH DAN SOLAT JUMAAT DIBENARKAN, MSAJID DI SABAH BAKAL DIBUKA


Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai aktiviti di masjid dan surau ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) pada 11 Mei 2020, ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah bersetuju untuk membenarkan solat berjemaah dan solat jumaat di masjid dan surau terpilih bermula 22 Mei 2020.

Namun begitu, kebenaran solat berjemaah hanya diberikan kepada AJK Masjid dan surau dengan bilangan tidak melebihi 4 orang. Ini termasuklah solat sunat Terawih terhad kepada 8 rakaat sahaja.

Untuk solat jumaat pula, bilangan jemaah hendaklah tidak kurang daripada 3 orang dan tidak melebihi 12 orang termasuk imam dan khatib. 

Solat sunat Aidilfitri terkecuali daripada arahan ini dan hanya takbir hari raya dibenarkan pada malam hari raya di masjid dan surau terpilih dengan hanya dihadiri oleh 4 orang dalam kalangan AJK Masjid.

Segala aktiviti dan pengoperasian masjid dan surau di Sabah adalah tertakluk dengan SOP selaras dengan arahan dan nasihat KKM. 




Alhamdulillah semoga rantaian COVID-19 dapat diputuskan dan masjid dan surau akan dibuka kepada lebih ramai lagi seperti sebelum tempoh PKP Fasa 1.

[SUMBER: PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH]

Post a Comment

0 Comments