Ticker

6/recent/ticker-posts

MARITIM MALAYSIA TAWAU BERJAYA GAGALKAN SELUDUP KELUAR TONG GAS

TAWAU; 11 MEI 2020 (Isnin) - Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau berjaya menggagalkan cubaan seludup keluar barang kawalan tanpa pemit iaitu sebanyak tujuh tong gas LPG menerusi Ops Sejahtera dan Ops Cegah PATI Selatan COVID-19 di kawasan perairan Sungai Tawau, awal pagi tadi. 



Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot kargo berkenaan yang mempunyai nombor pendaftaran dikesan ketika bot peronda Maritim Malaysia sedang menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.30 pagi.

Katanya, juragan bot berkenaan telah bertindak melarikan diri ke tepi pantai berdekatan dan ketika pemeriksaan dilakukan didapati bot berkenaan membawa sebanyak enam tong gas cecair LPG berisi dan sebuah lagi tong gas kosong.

Kesemua tong gas, bot kargo dan sebuah enjin sangkut dirampas dan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai 16-ribu ringgit.

Bot kargo berkenaan seterusnya diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS). 

Mengulas lanjut, beliau berkata, Maritim Malaysia akan terus mempergiat tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras bagi memastikan perairan Sabah khususnya Tawau selamat.

Katanya, orang ramai boleh membuat aduan kecemasan dan menyalurkan maklumat jenayah di perairan Tawau ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Post a Comment

0 Comments