Ticker

6/recent/ticker-posts

LORI MEMBAWA MUATAN BERAS TERBALIK DI BULATAN BSI

TAWAU; 07 MEI 2020 (Khamis) - Sebuah lori membawa muatan beras terlibat kemalangan jalanraya yang turut membabitkan sebuah motokar lain di bulatan Bandar Sri Indah (BSI), Jalan Apas, kelmarin.



Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya berkata, motokar terbabit dalam perjalanan dari Jalan Genting Mas Mall ke Maybank BSI, manakala lori berkenaan dari arah Bandar Tawau menuju ke Lahad Datu. 

Ketika kejadian, lori membawa muatan beras berkenaan telah melanggar motokar di bulatan BSI dan terbabas sebelum terbalik ke bahu kiri jalan dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari. 

Akibat kemalangan itu, motokar mengalami kerosakan di bahagian bumper, bonet dan fender hadapan serta lampu sebelah kiri pecah. Manakala lori mengalami kerosakan bahagian bumper. Bagaimanapun, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Siasatan awal mendapati punca kemalangan apabila lori berkenaan didapati tidak memberi laluan pada kenderaan disebelah kanan semasa berada dalam bulatan jalan dan melanggar motokar terbabit. 

ACP Peter berkata, Kes tersebut masih disiasat dibawah Rule 3(2)(A) LN 166/59.






#BESTAWAUfm

Post a Comment

0 Comments