Ticker

6/recent/ticker-posts

11 DITAHAN, INGKAR PKP BERKUMPUL SOLAT TARAWIH DI SURAU

BEAUFORT: Seramai 11 lelaki termasuk seorang pelajar tahfiz ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul menunaikan solat sunat tarawih di sebuah surau di Kampung Binsulok, Membakut, di sini, petang tadi.



Semua suspek berusia 15 hingga 41 itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, ketika melaksanakan pemantauan PKP Op Covid-19, kira-kira jam 3 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis menuju ke lokasi kejadian dan mencari semula semua individu yang terbabit sepertimana dalam gambar yang tular itu.

“Hasilnya menahan 11 orang daripada 14 orang jemaah yang solat Isyak dan Tarawih di surau berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata soal siasat terhadap semua suspek, mendapati mereka mengetahui pelaksanaan PKP dan menyedari tindakan itu adalah salah disisi undang-undang kerana sengaja berhimpun.

“Dalam pengetahuan semua suspek, larangan itu masih berkuatkuasa namun tetap pergi solat berjemaah dan berkumpul di surau dengan alasan kampung mereka adalah masih zon hijau dan tidak ada yang positif Covid-19.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasab Jangkitan Tempatan) (No.4) 2020,” katanya.