Ticker

6/recent/ticker-posts

WANITA DIBAWAH PENGARUH DADAH DAN ALKOHOL REMPUH FRONTLINER DI SJR LAHAD DATU

ANGGOTA PGA STABIL, WANITA REMPUH FRONTLINER DI SJR DIBAWAH PENGARUH DADAH, ALKOHOL



LAHAD DATU; 25 APRIL 2020 (Sabtu) - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 Lahad Datu cedera selepas dirempuh kenderaan dipandu seorang wanita disyaki dibawah pengaruh alkohol dan dadah dalam sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Muhibbah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor yang dihubungi pemberita RTM berkata, mangsa berpangkat Koperal itu kini dalam keadaan stabil bagaimanapun mengalami retak tangan kanan dan menerima 5 jahitan di kening. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek berumur 19 tahun berkenaan dalam perjalanan dari Taman CL ke Taman Mewah kira-kira pukul 1 pagi.

Semasa kejadian, mangsa diseret lima hingga ke tujuh meter di lokasi kejadian sebelum melanggar dua kenderaan anggota bertugas yang parkir di tepi jalan. 

Pemeriksaan lanjut pada kenderaan dipandu suspek menemui 0.2 gram syabu manakala ujian air kencing mendapati suspek positrif Amphetamin dan Methaphetamine.

Menurutnya, suspek kini ditahan untuk  siasatan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 307 dan 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah berbahaya 1952, Seksyen 26(2) Akta Polis dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

RTM difahamkan, ACP Nasri turut membuat pemantauan di SJR sekitar Lahad Datu. 

Katanya, kadar pematuhan penduduk daerah ini berhubung PKP ketika ini adalah 97 peratus. 

Bagaimanapun, beliau sentiasa menasihati agar orang awam terus mematuhi PKP, berada di rumah sekiranya tiada keperluan penting bagi mengelakkan dikenakan tindakan sekiranya ingkar PKP.



#BESTAWAUfm