Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU CATAT JUMLAH KUARANTIN PUI TERTINGGI DI SABAH

Seramai 421 orang disiasat atau Person Under Investigation (PUI) untuk Covid-19 masih lagi menjalani kuarantin di 23 Pusat Kuarantin seluruh Sabah setakat 27 April 2020.

Menurut Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi, sebanyak 50 kes PUI baharu telah dikesan dan mula menjalani kuarantin pada 27 April.

Manakala, seramai 120 orang telah dibenarkan pulang pada semalam menjadikan kumulatif discaj kuarantin sehingga 27 April 2020 seramai 1,912 orang.