Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU BERBAKI 33 KES MASIH DIRAWAT, KELUAR DARI ZON MERAH.

TAWAU; 21 APRIL 2020 (Selasa) - Daerah Tawau merekodkan 9 lagi tambahan pesakit yang sembuh (discaj) dan menjadikan jumlah keseluruhan 47 orang telah sembuh setakat semalam.



Sementara itu, tiada pertambahan kes baharu dilaporkan dan jumlah kes bagi daerah Tawau kekal 81 kes. 

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah mengeluarkan laporan harian 'statistik covid19' bagi negeri Sabah melalui laman facebook melaporkan Tawau berbaki 33 lagi kes yang masih dirawat dan berada dalam pengawasan di wad Hospital Tawau.

Melalui laporan itu juga, negeri Sabah catat pertambahan 12 orang kes sembuh dan Selain Tawau, daerah lain yang mencatatkan pertambahan kes sembuh iaitu masing-masing satu di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. 

Untuk rekod, 95-peratus kes bagi daerah Tawau merupakan dari kluster tabligh Seri Petaling, generasi pertama, kedua dan ketiga Serta kluster 'tabligh lain-lain'.

Sementara itu, bagi daerah Semporna yang merekodkan hanya dua kes positif covid-19 dilaporkan telah pulih 100-peratus dan discaj sejak dua hari lepas (19 april) dan Semporna kini daerah bebas wabak covid-19.

Bagi daerah Kunak, kes kekal 8 dan pesakit yang dilaporkan telah sembuh kekal 6 orang.

Manakala daerah Lahad Datu, jumlah kes setakat semalam juga kekal 42 kes dan rekod sembuh kekal 32 dan berbaki 10 kes masih dirawat dan dalam pengawasan Hospital daerah berkenaan.

Selain Kota Kinabalu, daerah Tawau dan Lahad Datu merupakan tiga daerah yang disenarai sebagai Zon Merah iaitu berada ditahap bahaya selepas masing-masing melepasi angka 41 jumlah kes.

#BESTAWAUfm