Ticker

6/recent/ticker-posts

SINDIKET PENIPUAN 'EJEN KEK LAPIS' DI SABAH

Berdasarkan satu posting daripada laman Facebook IPD Lahad Datu, satu sindiket penipuan berkaitan 'Ejen Kek Lapis' telah dikesan. Setakat minggu ini, sudah 3 kes penipuan telah dilaporkan. Modus Operandi kes penipuan ini adalah saspek mengiklankan untuk menjadi ejen penjualan kek lapis di Sabah dalam Instagram "Hosiani Kewon" dan dipercayai profil ini adalah palsu. 

Mangsa akan dihubungi melalui Whatsapp dan akan diminta untuk membuat bayaran ke dalam akaun. Selepas pembayaran dibuat, nombor telefon mangsa akan disekat.

Di minta warga Sabah berhati-hati sekiranya ada yang menghubungi atau terlihat iklan mengenai kek lapis di media sosial.