Ticker

6/recent/ticker-posts

PONDOK PRIHATIN 2.0 KAMPUNG BLOK 31 BATU 17 TAWAU

Seorang pengguna facebook bernama Nor Faizah Karim telah melakukan inisiatif murni dengan melaksanakan program Pondok Prihatin 2.0. Berdasarkan satu posting di laman facebook pengguna tersebut, program Pondok Prihatin menyediakan aneka sayur dan ikan yang diberi secara PERCUMA kepada penduduk kampung/setempat yang memerlukan. 


PONDOK PRIHATIN DATANG LAGI (2.0)
Assalammualaikum dan Selamat Pagi. PONDOK PRIHATIN sempena PKP Covid 19.
kami menyediakan aneka sayur dan ikan yang diberi secara PERCUMA (FREE) kepada penduduk kampung/setempat yang memerlukan.
Tarikh 17.04.2020
Bermula jam 9-11 pagi.Sapa cepat dia dapat.
Bertempat di Kampung Blok 31,Bt 17 simpang Sri Bayai
Hanya KETUA KELUARGA sahaja yang dibenarkan utk datang ke sini.
Pastikan mengikut syarat PKP dengan memakai Mask dan Sanitizer.
Pastikan jarak 1 meter semasa mengambil sayur.
Semoga sumbangan tidak seberapa ini dapat meringankan beban orang2 kampung/setempat
#Stayathome #Covid19 #Pkp #KitaBantuKita

Ini merupakan satu inisiatif yang mulia bagi membantu orang-orang yang memerlukan terutamanya mereka yang tinggal dikawasan kampung yang jauh daripada kawasan pasar selain kepada yang memerlukan.

Semoga usaha murni pihak kalian dalam membantu mempermudahkan dan berkongsi rezeki dengan orang lain diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda dan urusan kalian juga dipermudahkan sepertimana orang-orang yang mendapat manfaat daripada program kalian ini.
[Sumber]